Menyediakan Perkhidmatan Terapi Urut Tradisional Khas untuk lelaki yang mementingkan penjagaan kesihatan dalaman. N0 103 JALAN TC 1/3A TAMAN CEMERLANG SETAPAK KUALA LUMPUR EN SHAFIE 012-2271183
Saturday, July 10, 2010
Pengalaman Tukang Urut
Hari ini adalah hari yang pertama saya menulis dan berkongsi pengalaman dengan anda semua.Buat masa sekarang saya telah menjalankan urutan secara sepenuh masa dan anda boleh datang pada bila-bila masa yang sesuai. Sebenarnya saya tak pandai menulis, sikit-sikit tu boleh la. Sepanjang saya menjadi tukang urut berbagai pengalaman pahit,manis dan lucu. Mula-mula yang lucu dulu, yelah apabila kita mengurut dan menolong pelanggan yang begitu menghargai saya itu adalah ubat untuk segala penat lelah kita. Ok baru-baru ni saya didatangi seorang pak cik yang umur dalam 50an. Kelibatnya yang kelam-kabut dan nampak serabut je mukanya. Saya tanya apa masalahnya, dengan muka penuh harapan dia memberitahu bahawa dia ada masalah tenaga batin. Dia bagitau yang dia telah berkahwin baru lebih kurang 3 bulan kerana isteri pertama telah meninggal dunia 4 tahun yang lalu.Apa yang dia bagitau apabila nak bersama dengan isteri baru tak boleh, ini satu masalah ni. Setakat ni pelanggan yang datang kebanyakan dalam 20an ke 40an saja, kalau yang 50an tu selalunya nak urut badan je. Setelah mendengar rintihan masalahnya saya pun menjalankan tugas-tugas saya. Sebenarnya pakcik ni berada dalam keadaan yang stress yang amat sangat . Selesai mengurut dan bersembang sedikit dengan pakcik tu barulah saya faham. Pak cik ni dia tak dapat melupakan isteri pertamanya, dia asyik compare dengan isteri baru. Apa saja kebaikkan isteri pertama dia cerita yang isteri baru tu banyak sangat keburukannya. Aduh , pening. Kesimpulannya janganlah nak compare-compare setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Setelah di beri petua dan senaman yang sepatutnya pakcik tu pun balik. Dua hari kemudian lebih kurang pukul 7 pagi saya menerima sms daripada seseorang yang macam kenal je no hpnya. Risau jugak apa masalah lagi ni. Tapi bila baca sms nya. Jeng jeng ....." rawatan tempoh hari telah pulih dan terima kasih" . Sendiri mau ingat la....apa yang berlaku dan pagi-pagi lak tu ... he he he.
Subscribe to:
Posts (Atom)