Wednesday, December 19, 2012

Assalam, Terlebih dahulu saya minta maaf kerana blog saya ni jarang di 'update'. Cuti sekolah ni ramailah yang melangsungkan perkahwinan mereka, dan ramai jugak yang datang berurut. Bagi yang berminat berurut sila call saya terus,( sms saya tidak akan layan) minta maaflah sebab saya cukup tak berkenan nak melayan sms ni. Kebanyakan yang datang berurut pasti ada masalah 'cepat tewas ( kalau yg dah beristeri dalam 90%) dan yang bakal pengantin pulak masalahnya ada berkaitan masa lalu yang tak terkawal. Selalunya dalam menghadapi masalah ini saya mengambil pendekatan lebih kepada mendengar. Kerana mereka lebih suka meluahkan apa yang terpendam dahulu, kemudian barulah boleh kenal pasti bentuk rawatan yang di perlukan. Kekuatan mental, fizikal, emosi dan spiritual penting dalam menghadapi permasalah ini.Di samping petua-petua tertentu yang harus di amalkan. Bagi yang berminat nak berurut izinkan saya memberikan sedikit nasihat. Tolong baca dahulu blog saya dengan teliti sebelum call, sebab saya hanya melakukan urutan kepada yang betul-betul ingin berurut bukan sekadar mempermainkan tukang urut saja. Sekian Teima kasih...

Sunday, August 5, 2012

Salam, Alhamdulillah ramadan al-mubarak menjelma kembali, bagi umat islam bulan ini amat di nanti-nanti kan. Bulan yang penuh keberkatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog saya, pelanggan yang pernah datang menbuat rawatan dan sesiapa saja. Bersempena bulan ramadan ini saya lebih byk tumpukan pada amal ibadat, di samping membuat persiapan untuk menyambut lebaran. Kepada sesiapa yang ingin berurut tu , selepas lebaran saya akan berurut seperti biasa.