Tuesday, July 20, 2010

Pelanggan Urut


Kebelakangan ini saya kerap mendapat panggilan telefon yang di susuli dengan banyak pertanyaan tentang urut. Bagi saya itu adalah perkara biasa, tapi ada jugak yang bertanya soalan2 yang agak pening jugak nak menjawabnaya.
Pertanyaan yang paling ngeri sekali adalah seperti... abang ada urut b2b tak?.. urut bogel ke bang?... urut boleh pegang ..... tak? urut sampai ..... ke bang?.
Bagi yang memerlukan perkhidmatan yang sedemikian pergi lah tempat yang sediakan perkhidmatan itu. Apa yang saya rasa seperti satu penghinaan kepada saya. Itu belum lagi yang tanya bentuk badan, umur, hensem ke tak, nak pompuan pun ada ( ingat saya ni bapak ayam ke?. Hai pening... pening...pening.
Tapi itu lah lumrah hidup sebagai tukang urut. Bagi sesiapa yang betul-betul nak urut untuk kesihatan saya alu-alukan tapi kalau nak perkhidmatan seks mintak maaf banyak2 la.
Lagi satu kalau betul nak urut tolong call saya terus. Jangan la asyik nak sms saja. Lemas nak layan sms ni. Kalau boleh bacalah blog saya sampai abis dulu .Jangan la tanya soalan yang memang dah ada pada blog ni.
Ok la lastly saya minta maaf kalau tulisan saya ni agak keras sikit. Tapi itulah yang sebenarnya. Pesanan saya kepada sesiapa yang betul2 nak urut untuk kesihatan sila call dan kalau nak tanya biar berlapik sikit sebeb kita orang malaysia , terkenal dengan sifat ketimuran kita.Sampai sini dulu nanti saya akan share dengan anda semua bermacam-macam kisah lagi....

No comments:

Post a Comment