SALAM,
Selamat bertemu kembali, saya banyak menerima pertanyaan tentang bagaimana nak datang berurut, apa yang perlu dibawa, waktu, siapa yang boleh datang dan pelbagai pertanyaan lagi lah.
Ok yang pertama saya terangkan bagaimana nak datang. Saya melakukan rawatan ini di kedai dan di rumah. Waktu siang saya berada di kedai di Lembah Keramat seperti yang tertulis di blog saya. Walaubagaimana pun pada sesiapa yang bekerja pada waktu siang boleh datang ke rumah waktu malam . Pastikan anda membuat temujanji dahulu sebelum datang di alamat :
No 1 JALAN AU2C/5
TAMAN DESA KERAMAT
54200 KUALA LUMPUR
HP- 012-2271183
Apa yang perlu dibawa semasa datang berurut.
Anda tidak perlu membawa apa-apa kerana kain pelikat dan tuala disediakan.
Siapa yang boleh datang berurut.
Saya mengurut sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama , umur, yakni 1malaysia dan pasti kan anda adalah lelaki. Saya hanya mengurut lelaki sahaja.
Lagi satu saya nak berpesan , sebelum datang pastikan kebersihan diri anda. Bagi yang hendak buat rawatan tenaga batin sila cukur dulu bulu ari-ari. Kalau sesiapa yang mempunyai penyakit kulit juga perlu mengubati penyakit itu dulu sebelum datang.
Ok la buat kali ini , akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Semuga kita dapat menjalankan ibadah ini dengan lebih baik dari tahun sebelumnya.
No comments:
Post a Comment