Thursday, January 31, 2013

Terapi dengan Jintan hitam

Sejarah tentang Habatus Sauda :
"Gunakanlah Habbatussauda karena di dalamnya terdapat ubat untuk segala macam penyakit,kecuali maut" (HR. Bukhori Muslim)
Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Habbatus Sauda ini adalah ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa'ad): Apa itu as-Saam? dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): Kematian. (HR. Bukhari)
Ambil tujuh biji jintan hitam diminum bersama air suam yang dicampur madu lebah ( 1 sudu madu lebah asli dan air satu cawan air suam)
Jadikan satu amalan , seeloknya minum pagi-pagi sebelum sarapan.

Tuesday, January 29, 2013

Petua kuatkan tenaga batin

Jika zakar lembik dan tidak menpunyai ketegangan yang diharapkan, maka sediakan ramuan-ramuan berikut :
Ramuan 1.
. • Secawan madu
• Secawan minyak lenga/ minyak bijan
Campur dan gaulkan kedua-dua bahan di atas , diminum setiap pagi sebelum menjamah apa-apa makanan pun. ( Boleh simpan dan di minum sesudu sehari)
Ramuan 2.
• Bawang merah
• Madu lebah
Bawang merah hendaklah ditumbuk dan diambil airnya. Kemudian campurkan madu lebah dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Petua ini jika dijadikan satu amalan InSHaAllah berkesan.

Tuesday, January 22, 2013

DAUN HALIA
Daun halia sangat berguna dalam arena perubatan tradisional . Namun begitu tidak semua orang tahu bahawa daun halia ternyata berguna untuk membantu menguat saraf dan otot pada zakar. Ia mengandungi sineol, sitral dan phellandren.
Caranya :
1. Rebus 10 helai daun halia dengan air biasa.
2. Biarkan sampai mendidih selama 15 minit.
3. Masukan dalam timba air rebusan itu bersama sedikit daunnya.
4. Tuangkan air pada air rebusan tadi supaya menjadi suam, dan gunakan untuk mandi. Juruskan airnya pada bahagian zakar dan pundi-pundi telur lebih banyak.
5. Setelah mandi air rebusan daun halia itu, cubalah pergi ke pantai. Cari tempat yang terus terkena sinaran matahari.
6. Buatkan lubang di pasir di tepi pantai itu, dalamnya sampai ke batas antara dada dan ke pangkal lengan di bawah leher.
7. Yang terbaik sebelum merebus daun halia itu telah menyediakan lubang yang dimaksudkan itu, dan akan lebih baik lagi jika untuk ke pantai tidak memakan masa yang lama.
8. Setelah segalanya sudah siap, masuklah le dalam lubang pasir ( ditepi pantai itu) , yang biasa di panggil mandi rendam pasir.
9. Rendamkan diri dalam lubang pasir itu, antara tiga puluh minit, dalam keadaan berdiri tegak, dengan memakai seluar pendek . Waktu yang baik antara pukul 8.30 hingga 9.00 pagi, jangan lebih dari pukul 10.00 pagi.
10. Lakukan seminggu dua kali, In sya Allah akan mendapatkan perubahan dari segi fizikal. Saraf otot pada zakar dan peredaran darah akan lebih berfungsi.
Bagi rumah yang jauh dari pantai tak perlu mengikut aturan sampai 10, cukup sampai ke 4 sahaja.
( Sumber daripada – Rahsia lelaki ( AS-SYEIKH MUCHTAR A.B ) Saya akan update lagi petua-petua atau amalan yang penting untuk kesihatan lelaki.

Saturday, January 19, 2013

Susah nak tidur atau susah untuk melelapkan mata dianggap suatu penyakit yang amat membahayakan kesihatan. Kes ini menyerang semua golongan, samada tua atau muda, kaya atau miskin, berpangkat atau atau tidak. Susah hendak tidur yang dimaksudkan disini bukanlah ditujukan kepada golongan yang terlantar dihospital ataupun ibu-ibu yang baru bersalin. Sebenarnya, tidur yang nyenyak lagi mencukupi diwaktu malam dikira suatu perkara wajib,kerana semasa tidur, anggota besar seperti kaki dan paha serta otot-otot scelet dapat direhatkan. Selain itu tisu-tisu tubuh badan diperbaharui dan diperbaiki dengan adanya penghasilan tisu protein, lemak dan lain-lain. Dilain sudut pula konsentrasi hormone pembesaran dan steroid adalah agak tinggi semasa tidur. Hasil dari penerimaan tidur yang mencukupi , iaitu antara 7 hingga 8 jam bagi orang dewasa, seseorang akan merasa sihat dan segar pada keesokkan harinya. Sesetengah ahli sains perubatan berpendapat bahawa, proses kejadian air mani lelaki banyak berlaku apabila seseorang itu mendapat tidur yang mencukupi lagi nyenyak. Salah satu faktor dalam yang menyebabkan berlakunya ketegangan zakar lelaki dewasa ialah bilamana terdapat banyak kuantiti air mani di dalam simpanan. Hal ini jelas terbukti apabila anda sedar dari tidur di waktu pagi didapati zakar anda sudah pun menegang, walupun pada masa itu anda sedikit tidak terasa untuk membuang air kecil sepertimana yang sering terjadi ke atas kanak-kanak lelaki. Walaubagaimanapun, saya tidak nafikan memang terdapat ramai dikalangan lelaki khususnya yang masih muda mendapati zakarnya terlalu tegang semasa bangun diwaktu pagi kerana terlalu ingin membuang air kecil.